Dengan Nama Allah..
yg
Maha Pemurah lg Maha Penyayang
sekadar buat renungan..
Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau mungkin akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya keranaa mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.
Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.
Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya keranaa mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.
Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.
Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya.
Andai kau ingin bersahabat…terimalah dia seadanya, kerana dia seorg sahabat yang hanya manusia biasa.Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah Fillah
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah,
p/s:
Alihkan mata ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia didalamnya.
Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai , airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.
Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, maka kita akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama ♥
Comments
Post a Comment