SAHABAT yang BAIK ibarat WANGIAN


dgn nama ALLAH..

the most Merciful...


Siapakah sahabat2 kita sebenarnya?? adakah kita mengenali mereka secara mendalam atau sekadar luaran sahaja? Ramai yang tidak mementingkan siapakah shabat dalam erti kata sebenarnya. Asalkan ada org yang ingin bersahabat , maka kita dengan murah hati menerimanya..

Dalam memilih sahabat, digalakkan supaya memilih sahabat yg benar2 boleh membimbing kita ke jalan yang lurus bukan sahabat yang menjerumus ke arah kejahatan OK...

Rasullulah s.a.w mengingatkan dalam hadis oleh At-tirmizi katanya : "Seseorang itu akan mudah terpengaruh dengan temannya, Maka hendaklah kamu memilih siapa yang harus dijadikan teman"..

Menerusi Hadis Al-Bukhari dan Muslim yang mengatakan Rasullulah juga berpesan" Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian sama ada dia memberinya sedikit atau kamu membelinya sedikit atau kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala, tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..Rasulullah s.a.w menyenaraikan tujuh golonggan yang mendapat perlindungn Allah pada hari di mana tidak akan ada perlindungan melainkan dengan perlindunganNYA, iaitu salah satunya ialah dua lelaki bersahabat yang saling mencintai kerana Allah Taala. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana-NYA. Jadi pilihla sahabat yang boleh mengajak kita dan sama-sama mendorong ke arah kebaikan dan bukan kejahatan atau kemungkaran. Insya-Allahu TAala persahabat itu akan dirahmati oleh Allah.

Kesukaran dalam memilih sahabat pernah disuarakan oleh Saydina Ali melalui kata-kata hikmahnya iaitu " seseorang yang mempunyai 1000 kawan sukar mendapat seorang pun sahabat yang setia apabila dia benar2 memerlukan tetapi...jika dia mempunyai seorang musuh, dia akan mendapati musuh itu ada di mana2."

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulumuddin (bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat. Katanya, "Wahai anakku! kiranya engkau berasa perlu bersahabat dengan seseorang hendaklah engkau memilih org yg sifatnya seperti berikut :-

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan, misalnya dari segi kewangan, dia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akn menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu..dia akan meringankan kesusahanmu (melakukan sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
12. Jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kesilapan dalam memilih sahabat bukan sahaja memawa kita ke lembah kehinaan malah apabila kita memerlukannya pada waktu yang amat sukar, sudah pasti dia akan menjauhkan diri daripada kita.

Ikuti dan contohilah sahabat Rasulullah S.a.w dalam bersahabat. Mereka saling mengasihi kerana Allah Taala. Bertemu dan berpisah hanya keranaNYA. Tiada apa yang lebih bermaknadaripada sahabat sejati. Mereka mendahulukan sahabat yang dalam kesusahan melebihi diri sendiri.

Islam telah mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj yang terdiri daripada penduduk asal Madinah. Begitu juga mempersaudarakan kaum Muhajirin (penduduk asal Mekah yang berhijrah ke Madinah) dan Ansor ( Aus dan Khazraj)sehingga ada dikalangan sahabat dari golongan Ansar yang sanggup menawarkan harta kepada para sahabat dari golongan Muhajirin.

Demikianlah hakikat persahabatan dan ukhuwah dalam islam..
p/s: khas buat insan yg digelar sahabat.. 


dulu dia kata dia syg aku...
cembru bila aku rapat dgn org lain.. mcm tu juga aku..
dlu dalam kelas main conteng2 buku..
tye ko syg ak tak??
then die cakap syg..


..
ak doakan smoga dia berjaya..
bahagia dunia dan akhirat..
dan doa ni telah aku lafazkan tiap kali ak mengadapMU..
dipermudahkan segalnya..

ak ceritakan ap yang ak rasa ini pada encik hati..
die kata pada aku sabar aje la...
tiap kali cerita die akn ucap perkataan sabar..
hmm..
ye sabar ni..
smoga dapat sabar terus ye..

sedih..
tapi ak beruntung sbb masih g punyai insan yg mengambil berat..
mama..ayh..si busuk.
kwn2 ak kat hometown..
kakak..adik..

even skrg apa yg dia dah ludah dia jilat balik..
dgn berpaling pada si pemfitnah

ak doakan dia bahagia..
ye..
bahagia..
tenang..
BERJAYA..
ak manusia yg ade hati...melihat dgn mata..mendengar dgn telinga..
setiap perlakuan kau..sbb kita sahabat
ramai yg buat muka hanya satu perkara??


ungkapan maaf..ye memaafkan kau dan mereka..tapi melupakan tidak sama sekali..aku bukan manusia yg mudah lupa...ats ap yg aku lalui..
ak tiddak mampu berbuat ap2..


 utk apa aku melakar kata diblog ini?
sbb
sudah wujud jurang diantara kita..
tidak lagi macam dulu..
terbatas..
jgn ak hilang ALLAH..
hilang dia TIDAK MENGAPA...

sungguhpun kita bertentang mata kerap..tapi jauh dari sudut hati masing2..
hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI...

ak tidak akn pernah mengungkit atas segala ape pun..
mcm yg ko telah ungkap pada aku..sblm aku melaksanakan ibadah umrah
ak takkan wat mcm tu..

my parents always remind me: KALAW KITA TOLONG ORG BIAR IKHLAS..
yup..
ats jasa baik kau pada aku sahabat..
semoga ALLAH memberi kebahagiaan yg berpanjangan..
tidak mengapa jika aku terasa hati..jgn kau berkecil hati gara2 aku...
aku berdoa agr ALLAH memberkati...mempermudahkan segala jalan yg ko sdg lalui..

ak syg kau selamanya...
sungguhpun kau tidak lagu berasa begitu..

ALL DA BEST..
sungguhpun kita sudah semakin jauh..


tinta dari hati..

sha mj..
a.k.a seri~

YA MUHAIMIN
GANTIKAN AKU DGN APA YG LEBIH BAIK..
tiap ap yang berlaku penuh hikmah..~
ak redha..




Comments